Artwork

Konten disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua konten podcast termasuk episode, grafik, dan deskripsi podcast diunggah dan disediakan langsung oleh Lydia Usun Ngimat atau mitra platform podcast mereka. Jika Anda yakin seseorang menggunakan karya berhak cipta Anda tanpa izin, Anda dapat mengikuti proses yang diuraikan di sini https://id.player.fm/legal.
Player FM - Aplikasi Podcast
Offline dengan aplikasi Player FM !

E63: “Berada Di Ruang Mahakudus : Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan”, Ibrani 10:19-25.

37:40
 
Bagikan
 
Manage episode 291316036 series 2871281
Konten disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua konten podcast termasuk episode, grafik, dan deskripsi podcast diunggah dan disediakan langsung oleh Lydia Usun Ngimat atau mitra platform podcast mereka. Jika Anda yakin seseorang menggunakan karya berhak cipta Anda tanpa izin, Anda dapat mengikuti proses yang diuraikan di sini https://id.player.fm/legal.

Shalom dan selamat pagi umat Tuhan yang dikasihi.

Selamat beribadah kepada kita semua. Pagi ini, kita akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci setelah kita mendengar perkongsian Firman Tuhan.

Teks renungan kita pagi ini diambil dari Ibrani 10:16-25. Tema perbualan kita adalah “Berada Di Ruang Mahakudus : Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan”. Iaitu, anda dan saya sentiasa berada dalam hadirat Tuhan oleh kerana Tuhan Yesus Kristus. Oleh kerana itu, didalam Kristus, kita ada keistimewaan sedia ada dalam kita menempuhi perjalanan hidup kita.

Dari teks pembacaan kita, kita akan menghayati 2 perkara:

(1) Berada Di Ruang Mahakudus, ayat 19 - 21.

(2) Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan, ayat 22 – 25.

Terdahulu dalam Surat Ibrani, kita membaca di Ibrani 4:16, “Sebab itu marilah kita dengan penuh keberanian menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan kasih karunia untuk mendapat pertolongan kita pada waktunya.”

Dan dalam teks pembacaan kita pagi ini, keberanian menghampiri takhta kasih karunia, iaitu, kebebasan dan keyakinan untuk berada dalam hadirat Tuhan terletak dalam, dua perkara iaitu, (1) Yesus sudah membuka jalan masuk bagi kita, ayat 20, dan (2) kita mempunyai Imam Besar, iaitu Yesus sendiri, yang bertanggungjawab terhadap rumah Allah, ayat 21.

Oleh kerana kita sudah berada dalam hadirat Tuhan, dalam ruang yang Mahakudus, kita diajak begini:

  • Marilah Kita Menghadap Allah, ayat 22.
  • Marilah kita teguh berpegang pada pengakuan tentang pengharapan kita,ayat 23.
  • Dan marilah kita saling memperhatikan dan saling menasihati,ayat 24-25.

Kesimpulan:

“Berada Di Ruang Mahakudus : Menikmati Keistimewaan Anugerah Tuhan”. Kita, anda dan saya sentiasa berada dalam hadirat Tuhan oleh kerana Tuhan Yesus Kristus. Oleh kerana itu, didalam Kristus, kita ada keistimewaan sedia ada dalam kita menempuhi perjalanan hidup kita. Tuhan Yesus-lah Pintu dan Pembela kita, agar kita dapat berada di dalam ruang Mahakudus. Kerana Yesus Kristus dan didalam Kristus Yesus kita dibebas dan bebas untuk menghadap Allah. Pengharapan kita di dalam perbuatan Kristus adalah sauh yang membuat jiwa kita aman. Dan setiap kita, didalam Kristus dapat saling mendorong dan menasihati satu sama lain.
Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 02 Mei 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Paya Wan.]

--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message
  continue reading

78 episode

Artwork
iconBagikan
 
Semua episode

×
 
Loading …

Selamat datang di Player FM!

Player FM memindai web untuk mencari podcast berkualitas tinggi untuk Anda nikmati saat ini. Ini adalah aplikasi podcast terbaik dan bekerja untuk Android, iPhone, dan web. Daftar untuk menyinkronkan langganan di seluruh perangkat.

Panduan Referensi Cepat

Dengarkan acara ini sambil menjelajah
Putar